Syria telah bergolak sejak 11 tahun yang lalu. Kebanyakan dari rakyat Syria terpaksa tinggal di kem-kem pelarian setelah tempat tinggal mereka telah musnah akibat peperangan.
Mereka kekurangan sumber air bersih untuk kelangsungan hidup. Ramai dari penduduk di kem-kem pelarian ini terpaksa berjalan jauh sehingga 3 kilometer sambil membawa tong air yang berat demi mendapatkan sumber air yang bersih. Sebahagian dari mereka ada yang terpaksa mengambil air dari sumber yang tercemar dan tanpa sengaja mengakibatkan jangkitan wabak Kolera.
Telaga Air Bersih Untuk Penduduk Kem Atma, Utara Syria.
U Tijarah telah melancarkan projek WELL4U SYRIA bagi membina telaga air bersih untuk kegunaan rakyat Syria yang tinggal di Kem Atma yang terletak di utara Syria. Telaga pertama telah pun siap dibina dan mula digunakan oleh penduduk tempatan untuk mendapatkan sumber air bersih.
Projek Telaga Kedua Untuk Penduduk Kem Atma.
Sempena bulan yang mulia ini, U Tijarah melancarkan projek binaan telaga yang kedua iaitu WELL4U SYRIA Edisi Ramadan untuk penduduk di Kem Atma, utara Syria.
Mereka turut terjejas dengan bencana gempa bumi yang berlaku pada awal Februari lalu. Banyak fasiliti air bersih turut musnah akibat dari bencana ini.
Terdapat lebih dari 10,000 orang yang tinggal di Kem Atma dan mereka memerlukan lebih banyak sumber air bersih untuk meneruskan kehidupan.
Rasulullah SAW bersabda: “Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.” [Hadis Riwayat Bukhari]
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”_
Rasulullah S.A.W bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”[Riwayat Abu Daud]
Rebut peluang melakukan kebaikan sebanyak mungkin di bulan Ramadan.


