PERIGI UGANDA: PERSEDIAAN BULAN RAMADAN
Rasulullah SAW bersabda:
“Sesiapa yang membeli Telaga al-Rumah (Telaga Uthman) ini dan mewakafkan airnya kepada orang Muslim, dia akan diberi pahala berdasarkan setiap timba air yang disedekahkan itu dan kelak dia akan meminum air di dalam syurga.”
[Hadis Riwayat Bukhari]
Daripada Saad Bin Ubaidah, beliau bertanya kepada Rasulullah, “Wahai Rasulullah sepanjang ibu saya telah meninggal dunia, apakah sedekah paling afdal untuknya?”
Rasulullah SAW bersabda “Air…” . Lalu beliau telah menggali sebuah telaga dan berkata “Ini untuk ibu Saad….”
[Riwayat Abu Daud]
Air adalah keperluan asas untuk manusia meneruskan kehidupan. Dengan air kita dapat minum, memasak, dan membersihkan diri. Oleh sebab itu, Rasulullah (SAW) amat menyarankan umatnya untuk sedekahkan air.

Perigi Uganda adalah sebuah projek wakaf telaga yang memfokuskan kepada pembinaan telaga tiub untuk penduduk Muslim minoriti di pedalaman Uganda. Mereka amat memerlukan sumber air yang bersih dan selamat untuk diminum. Fasiliti bekalan air yang ada tidak dapat mencapai ke kawasan pedalaman Uganda.
U Tijarah mengambil langkah untuk membantu penduduk di pedalaman Uganda untuk mendapatkan sumber air yang lebih selamat dan mudah dengan membina telaga air melalui projek PERIGI UGANDA.

Apakah kelebihan Pembelian wakaf Telaga dengan kami?
Rasulullah telah bersabda bahawa setiap timba air yang digunakan akan mengalir ganjaran kebaikan untuk mereka yang berwakaf.
Peserta projek akan mendapat laporan kemaskini pembinaan telaga yang diwakaf dalam bentuk gambar dan video.
Tag nama peserta akan diletakkan pada telaga yang diwakaf.
Peserta juga akan dibekalkan dengan sijil berbentuk e-Certificate setelah telaga siap dibina.


Bantu mereka dapatkan sumber air bersih dan selamat untuk meneruskan kelangsungan hidup.
Pembelian anda adalah hadiah terbaik buat mereka.
Raih peluang ini untuk melabur saham yang berkekalan.
JOM SERTAI SEKARANG!
JOM SERTAI SEKARANG!
